sape xboring makan telur, ayam, telur, ayam, telur, ayam, teluuuuuurrrrrrrrrrrrr......huhuhu T___T
so semalam mira cuba buat shepherd pie versi atkins...rase nye not bad tapi pagi esoknya makan sedappp pula..tapi nak makan tu mesti la kena panas-panas baru ada kick! hehe
bunga kobis yang diguakan dalam resepi ni adalah bagi menggantikan kentang yang sangat bermurah hati dengan karbohidrat...tapi karbohidrat dalam bunga kobis ni mira xsure berapa..sendiri google la yeee...hehe
lagi satu, resepi ni juga menjimatkan masa sebab sayur dan daging dalam 1 resepi..kadang malas juga nak masak sayur dan lauk-pauk lain...bijak kan..mahu jadi bijak, rajin-rajin la google resepi macam ni hokaayy..
boleh la sape-sape yang ketandusan idea nak makan ape tu try resepi ni ye...
![]() |
| nyummy2!! |
BAHAN-BAHAN
1 cwn bunga kobis (yang telah dikisar..xsukat pon mase nak rebus tu..huhu)
4 sb cooking cream (heavy cream pon boleh)
1/4kg daging kisar
1 biji telur
1/2 biji bawang besar (dicincang)
3 biji bawang putih (dicincang)
mentega / olive oil untuk menumis
garam dan perasa
serbuk lada hitam
daun bawang
daun sup
keju mozzarella sesedap rasa :D
keju cheddar sesuka hati *hehehe*
CARA-CARA
1. bunga kobis direbus sehingga empuk (jangan lama-lama sangat nanti hilang khasiat pula)..haa jangan lupa potong dulu kobis tu...hehehe
2. sementara menunggu bunga kobis empuk, tumis bawang putih dan bawang besar dengan mentega sehingga naik bau.
3. masukkan daging kisar, lada hitam, perasa dan garam secukup rasa sehingga daging masak sepenuhnya. ketepikan..
4. tapis bunga kobis yang telah empuk dan masukkan ke dalam food processor (blender pon bolehh) bersama-sama cooking cream, secubit garam dan lada hitam (bagi rasa mild je, jangan curah pulak :D )
5. masukkan daging yang telah dimasak ke dalam loyang (mira guna loyang kecik je, cukup-cukup dua kali makan), lapiskan dengan keju cheddar dan telur yang telah dipukul..
6. lapiskan pula dengan bunga kobis yang telah dikisar halus dan akhir sekali taburkan keju mozzarella.
7. bakar selama 20minit pada suhu 180c atau sehingga keju mencair dan berwarna kecoklatan sedikit..
sekian ikhlas dari chef mira...kihkihkih :D
p/s : makan dengan mustard dan hot sauce..mula-mula rasa pelik, lama-lama sedap pula...hehe









0 doakan mira mumtaz:
Post a Comment