semalam aku puasa...
jadi aku pon try la buat the most simple delicious black pepper BEEF STEAK...
memang xtipu la...
rasa die sedap gle...
*puji masakan diri sendiri*
hehe..
step nk buat pun senang..
dari aku pegi makan kat Restoran Slamlek or Green Corner
yang bagi daging ciput je,
baik aku buat sdri...
dengan harga 1 plate dalam LE 80-90..
aku buat dengan kos lebih kurang 2,
boleh dapat dalam 3-4 keping steak da..
*gambar cilok dari en.google*
*lebih kurang mcm ni la jadi nya nnt*
*lupa nk amek pic,da ngap baru ingat..haha*
untuk perap daging:
bahan-bahan:
4 keping daging steak
4 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili @ sos tomato
1 sudu makan lada hitam (ditumbuk halus)
2 ulas bawang putih
cara penyediaan:
1. satukan semua bahan
2. lumurkan pada daging
3.perapkan semalaman
4.semasa bakar,renjiskan minyak zaitun coz daging steak ni xde lemak..nanti melekat pulak..
sos lada hitam
bahan-bahan:
1 labu bawang besar (potong dadu)
1 sudu besar mentega
2 sudu makan tepung gandum
1 liter air
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap (nak bagi kaler gelap sket)
1 sudu makan sos tomato@sos cili
1 sudu besar lada hitam (tumbuk halus)
1/2 kiub pati ayam
sedikit garam
cara penyediaan:
1. cairkan mentega dalam periuk dan tumis bawang besar.
2. larutkan tepung gandum dan masukkan dalam tumisan tadi.
3. masukkan bahan-bahan lain.
4. kacau sehingga pekat..
siap!
ni side dish yang simple n sodap!
mashed potato
bahan-bahan:
6-8 biji kentang (kupas kulit,rebus sampai empuk)
1 sudu besar mentega
1/2 cawan susu cair (mira gune susu segar)
daun bawang (dipotong)
lada sulah
garam
cara penyedian:
1. lecekkan kentang bersama mentega, garam dan lada sulah.
2. masukkan susu, kalau pekat boleh tambah susu lagi
3. lastly masukkan daun bawang dan gaul rata..boleh makan da!
coleslaw
bahan-bahan :
1/2 biji kobis - saiz kecil
1/2 biji lobak merah (optional)
4 sudu besar mayonis
2 sudu besar sour cream (mira guna yogurt asli je)
2 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar lemon juice
1/4 biji bawang besar (optional)
sedikit lada hitam
cara penyediaan:
1. bersihkan kobis dan lobak merah, potong halus.
2. kupas bawang besar, cincang dan masukkan dalam hirisan kobis tadi.
3. gaulkan bersama bahan-bahan lain, simpan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.
simple kan nak buat
black pepper beef steak
sendiri..
resepi ni copy paste dari blog mana pn aku xingat..
hobi aku copy paste resepi pastu simpan kat word..
senang nak cari bila nk guna..
so sumber-sumber tidak diketahui..
btw, thanx la kepada akak blog bkenaan yer..









0 doakan mira mumtaz:
Post a Comment